Sunday, October 13, 2013

ilmu solat

ILMU S o l a t..................

HUKUM yang nampak simple tapi ramai orang masih tidak mentaati hukum.......

Bila kita mendirikan solat , di situ lah syaitan akan suruh kita cepatkan rakaat (yakni bacaan laju , pergerakkan dalam solat pon laju) syaitan akan takut-takutkan kita akan kelewatan sesuatu perkara dunia .

s e b e n a r n y a sahabat

kalau kita faham Agama , kita tak akan tergesa-gesa mendengar pada syaitan... kerana pergerakkan laju dalam solat akan hilang Toma'ninah hilang to'maninah hukumnya....

Di dalam satu hadis rasullulah saw:

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam masjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solah dan kemudian duduk menemui Nabi s.a.w. dan mengucapkan salam. Nabi s.a.w. membalas salamnya dan berkata,”Bangunlah dan solahlah kerana kamu belum solah.” Orang itu mengerjakan solat dengan cara sebelumnya, kemudian menemui dan mengucapkan salam kepada Nabi Saw. Baginda pun kembali berkata, “Bangunlah dan solahlah kerana kau belum solah.” Hal ini terjadi tiga kali. Orang itu berkata, “Demi dia yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan solah dengan cara yang lebih baik selain dengan cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solah. “Nabi Saw. bersabda,

“Apabila kamu hendak bersembahyang, ambil wudhuk (terlebih dahulu, selepas itu) menghadaplah ke kiblat, maka buatlah takbir, kemudian bacalah apa-apa ayat suci yang mudah bagi kamu, kemudian buat rukuk sehingga tenang (di dalamnya)(toma’ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu.” (H.R Bukhari & Muslim)

Mazhab hambali dan shafie meletakkan Tokmaninah ini sebagai satu rukun solat dan tanpanya solat tidak SAH.

Nak bagi tahu , kenapa tergesa-gesa ? solat dah lewat waktu , dah solat tergesa-gesa pula , kenapa takut urusan dunia tak sempat ? di sini sedikit ILMU yang ana ingin kongsikan iaitu , kamu laju ka kamu slow ka bila melakukan solat , bilamana Allah sudah tulis masa harian kamu di dalam ILMUNYA maka ia tak akan berubah , kamu solat laju pun kalau sudah Allah takdir kamu akan kelewatan, maka ia akan lewat juga walaupun kamu berusha mendahului masa. Jika kamu solat dengan perlahan pun jika sudah tertulis kamu akan sempat dengan urusan dunia , maka tidak akan berganjak ILMU pengetahuan Allah walaupun sedikit.

Usah perduli dengan syaitan , apa guna solat tergesa-gesa jika ia boleh mejadi solat itu tidak sah.

No comments:

Post a Comment